Macam yang aku janjikan nak bagitau cara jadi affiliate kan?
Bagi aku fikir content dulu, follower akan datang selepas content.
Nak buat content apa?
Pilih niche. Niche nie ibaratnya apa kepakaran dalam cipta content. Contoh: memasak, make -up, menyanyi ke? Tulah niche.
Kalau yang suka kecantikan, macam make -up, skincare, niche korang dalam kategori " beauty ".
Kalau kau suka memasak, review makanan, share resipi masakan, niche korang dalam kategori "foodie".
So, bagi aku fokus je buat content. Content is king.
Bila content kau menarik, akan ada follower sendiri, apa kau share mesti ada peminatnya & ade orang beli. Nak dapat 1000 follower secara organik memang akan jadi mudah.
Tapi jujur cakap, content makanan/masakan memang laku keras sebab aku sendiri dah " try error" salah satu akaun Tik Tok aku memang menjadi.
Nak tengok akaun Tik Tok Niche makanan kat sini.
Tik Tok niche mix tapi dulu aku fokus niche beauty tengok sini.
Korang boleh refer dulu dua akaun nie, mana lagi senang nak buat video tapi serius, niche makanan memang ramai follower. Yelah siapa je tak suka makan.
So next post, aku akan share duration video, nak shot macam mana, nak post video berapa kali sehari & macam mana nak buat video kalau takde barang kat tangan.
Sementara tunggu next post, jangan lupa follow dua-dua Tik Tok aku dulu tau.
Bye!
0 comments:
Post a Comment