BOLEH KE BERSIHKAN SOLEKAN MENGGUNAKAN MINYAK BAYI?
Ada tak yang masih menanggalkan solekan menggunakan minyak bayi?
Tahukah anda?
Minyak bayi tidak sesuai untuk digunakan untuk menanggalkan solekan walaupun minyak bayi boleh menanggalkan solekan.
Okey, Kak Ton akan menunjukkan perbezaan minyak bayi dengan “cleansing oil” terlebih dahulu.
Seperti gambar rajah di bawah, walaupun minyak bayi mampu membersihkan solekan kalis air namun ia tidak mampu bertindak seperti "cleansing oil ".
GAMBAR RAJAH
"Cleansing oil" akan bertukar menjadi seperti air susu dan membersihkan segala kotoran dan menyegarkan wajah tanpa meninggalkan kesan berminyak.
GAMBAR RAJAH
Okey, jom kita bayangkan buah lemon nie adalah liang pori kita. Apa akan terjadi sekiranya kita tidak bersihkan liang pori dengan betul?
Nampak tak? Bahagian yang tidak dibersihkan dengan “double cleanse” masih lagi terdapat sisa solekan dan “sunscreen” kerana pencuci muka biasa sahaja tidak cukup untuk membersihkan solekan & “sunscreen” yang mengandungi minyak.




