KENAPA PERLU "DOUBLE CLEANSING" ?
Sebelum kita teruskan kepentingan "double cleansing", Kak Ton nak tanya, apa korang pakai pada kulit wajah setiap hari?
Make up?
Foundation?
Paling biasa dan akan pakai "sunscreen" betul tak?
Kebanyakkan produk-produk ni mengandungi minyak bagi menghasilkan "dewy finish" dan kalis air bagi mengekalkan make up atau sunscreen supaya tidak mudah hilang pada wajah.
Kak Ton akan kongsikan beberapa "test" pada "foundation"dan "sunscreen"untuk membuktikan yang produk-produk ni mengandungi minyak.
https://vt.tiktok.com/ZS8u9HTn1/
Ujian beberapa sunscreen/ bb cream pada "oil absorbing paper oil" menunjukkan selepas 1 jam beberapa produk mula mengesan kehadiran minyak dalam produk.
Kita sedia maklum, minyak dan air tidak akan bercampur. Oleh sebab itu, "cleansing oil " membantu membersihkan "skincare atau make up oil based", manakala pencuci muka biasa pula membersihkan sisa kotoran/make up water based.
Boleh bayangkan tak? Sisa- sisa make up/sunscreen yang oil based tu tidak dibersihkan dengan betul dan menyumbat liang pori kita?
Salam sayang
Kak Ton Syantek



