Wednesday, 22 February 2023

KENAPA PERLU "DOUBLE CLEANSING" ?

 KENAPA PERLU "DOUBLE CLEANSING" ?


Sebelum kita teruskan kepentingan "double cleansing", Kak Ton nak tanya, apa korang pakai pada kulit wajah setiap hari?


Make up?

Foundation?

Paling biasa dan akan pakai "sunscreen" betul tak?

Kebanyakkan produk-produk ni mengandungi minyak bagi menghasilkan "dewy finish" dan kalis air bagi mengekalkan make up atau sunscreen supaya tidak mudah hilang pada wajah.

Kak Ton akan kongsikan beberapa "test" pada "foundation"dan "sunscreen"untuk membuktikan yang produk-produk ni mengandungi minyak. 



Sebelum


Selepas 1 jam


                                     https://vt.tiktok.com/ZS8u9HTn1/



Ujian beberapa sunscreen/ bb cream pada "oil absorbing paper oil" menunjukkan selepas 1 jam beberapa produk mula mengesan kehadiran minyak dalam produk.

Kita sedia maklum, minyak dan air tidak akan bercampur. Oleh sebab itu, "cleansing oil " membantu membersihkan "skincare atau make up oil based", manakala pencuci muka biasa pula membersihkan sisa kotoran/make up water based.

Boleh bayangkan tak? Sisa- sisa make up/sunscreen yang oil based tu tidak dibersihkan dengan betul dan menyumbat liang pori kita? 




Untuk next entri , Kak Ton akan kongsikan "cleansing oil" yang bagus & bagaimana "cleansing oil" membersihkan  skincare atau make up yang mengandungi "oil based".


Salam sayang

Kak Ton Syantek




Share:

Monday, 20 February 2023

"DOUBLE CLEANSING " PERLU ATAU TIDAK?

"DOUBLE CLEANSING " PERLU ATAU TIDAK? 

Ramai dari kita yang tidak tahu pun fungsi "double cleansing " malah kalau ada yang tahu pun tak ramai nak praktikkan.

Jadi, apa itu "double cleansing "

"Double cleansing" bermaksud mencuci muka 2 kali , pertama menggunakan pencuci berasaskan minyak dan seterusnya pencuci muka berasaskan air.

 

Kenapa perlu "double cleansing"

Sebab kebanyakkan produk "make-up" &  "sunscreen" berasaskan minyak.


Jadi bagaimana cara yang betul untuk lakukan "double cleansing method"?

Boleh lihat gambar rajah di bawah untuk lihat cara yang betul menggunakan "cleansing oil".


Sumber: https://skincarejesus.tumblr.com/post/155077719505/oil-cleanser



Cara-cara menggunakan "double cleansing method"

1. Pam 3-4 "cleansing oil " pada tapak tangan yang kering.

2. Gosok pada muka yang kering secara perlahan-lahan sehinga segala kotoran & sisa make up tertanggal.

3.Basahkan wajah dengan air sehingga "cleansing oil" bertukar menjadi susu sehingga tiada lagi kesan minyak.

4.Seterusnya , gunakan pencuci biasa yang berasaskan air untuk membersihkan muka.

5.Pastikan "top-up" dengan essence/toner selepas mencuci muka untuk "lock" kelembapan kulit.


Okey, untuk entri seterusnya NL akan kongsikan kepentingan & kesan kalau praktikkan "double cleasing method" dalam rutin penjagaan wajah.



Share: